Tatkala Sang Imam Mengetuk
Dirinya… Seorang lelaki yang hamba gambarkan sebagai perwira, Seorang lelaki yang hamba bayangkan sebagai imam penyuluh jiwa. Tatkala pertama kali pertemuan itu termeterai, Senyumannya… tawa riangnya… malah raut wajahnya jua, menjadikan hati ini tenteram seadanya. Barangkali juga dek kerana sudah terlalu lama kami tiada bersapa, Maka tatkala dia menjelma di hadapan mata, Duka bertukar bahagia, Suram bertukar ceria, Dan hati yang layu kembali mekar berbunga rasa.
Ad
Poetry Books 50% Off
Bestselling collections from top poets
Shop Now →
