Setia Itu, Adakah? (vers.3)
Setia Itu, Adakah? Aku tahu, Mungkin kau pernah terluka, Lalu kau hilang percaya akannya. Percayalah, Aku juga begitu di masa lalu. Aku tahu, Kau masih di fasa itu, Kau masih di fasa sukar melepaskan dan mengikhlaskan. Percayalah, Itu juga aku di masa lalu. Lalu kau tahu? Apa yang aku lakukan pada trauma itu? Aku bangkit, Tetapi bukan untuk ‘dia’. Tapi aku bangkit untuk diriku sendiri. Versi diriku yang baru, Bukankah itu lebih membahagiakan? Aku tahu, Kau mahu mencuba tetapi kau ragu, Tetapi denganku, Kau harus percaya, Orang tulus itu masih ada. Kerana mereka tidak berhenti mencuba untuk mencari yang sejati. Walaupun dengan Hati yang terluka, Masih cuba untuk berdiri dengan kosongnya percaya. Seperti kau pada mulanya. Percayalah, Setia itu, Ada. —asy.
Poetry Books 50% Off
Bestselling collections from top poets
