20
sudah 20 seharusnya kau tahu, manusia sememangnya telah melengkapi banyak jalan cerita dalam hidupmu. untuk itu jangan lupa syukuri jangan lupa hargai. hadirnya mereka di sisi. mungkin ada yang telah pergi. mungkin ada yang tarik diri. namun tetaplah kau hargai mereka yang masih setia di sisi. tak perlu kau jelaskan apa-apa. tak perlu kau meminta-minta kerana seiring dengan masa kau takkan mampu memuaskan setiap hati manusia. untuk itu sucikan hati damaikan peribadi. kerana Tuhan memandang hati. dan Dia tidak pernah buta menilai dari segala sisi.
Ad
Poetry Books 50% Off
Bestselling collections from top poets
Shop Now →
